 |
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
 |
|
|
 |
| |
3 perompak silap ambil beg pakaian |
27 Ogos 2008 |
CARI BUKTI: Anggota Forensik PDRM menyiasat kereta yang dinaiki oleh pengurup wang dalam kejadian rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, semalam. RM1.9j dibawa pengurup wang terselamat
BUKIT MERTAJAM: Tiga perompak bertopeng dan bersenjatakan pistol, 'berputih mata' selepas gagal melarikan pelbagai mata wang bernilai RM1.9 juta kerana tersalah ambil beg ketika merompak seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) Pulau Pinang , semalam.
Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata pengurup wang itu cedera di telinga selepas terkena tembakan ketika dia hendak masuk ke pintu ruang legar LTABL dalam kejadian pada jam 9.30 pagi.
"Salah satu tembakan terkena telinga pengurup wang itu, dan perompak yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu sempat melarikan sebuah beg yang berada di atas troli (yang ditolak oleh pengurup wang), dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam," katanya. Beliau berkata, sebelum itu, pengurup wang berkenaan yang turut membawa sebuah beg pakaian mengambil sebuah beg mengandungi pelbagai mata wang bernilai RM1.9 juta dari sebuah kenderaan syarikat keselamatan sebelum masuk ke LTABL.
Ketika kejadian, polis yang bertugas di LTABL cuba membantu tetapi perompak berjaya melarikan diri, katanya.
Shaharon Anuar berkata, polis bagaimanapun berjaya menemui kereta itu, yang tidak mempunyai nombor pendaftaran, di sebuah kawasan pembinaan berhampiran LTABL dan percaya ketiga-tiga perompak itu melarikan diri dengan menaiki kenderaan lain.
"Polis menjalankan siasatan serta mengadakan beberapa sekatan jalan di pulau dan dapat mengesan pemilik kereta itu berdasarkan nombor chasis kereta itu," katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu rompak bersenjata, dan mangsa sudah dihantar ke hospital untuk diberi rawatan.
Bagaimanapun, maklumat mengenai pengenalan diri mangsa belum diperoleh setakat ini.
Pada 9 April lalu, enam orang termasuk seorang anggota polis cedera ditembak dalam kejadian rompakan mata wang Singapura berjumlah SGD1.5 juta (kira-kira RM3.3 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 7.50 malam. – Bernama
|
| Pengawal keselamatan perlu diberi latihan formal. |
28 Ogos 2007 |
KUALA LUMPUR 27 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa syarikat keselamatan memberi latihan formal kepada kakitangannya dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu supaya perkhidmatan keselamatan dipercayai oleh masyarakat kerana mereka menjaga amanah orang ramai.
"Eloklah mereka (pengawal keselamatan) melalui latihan formal sewajarnya dengan kurikulum tertentu, kalau mereka lulus barulah mereka dapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan," kata beliau.
Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Forum Keselamatan Sedunia di sini hari ini, Najib berkata, pengawal keselamatan yang berkualiti akan menyebabkan masyarakat berasa lebih selamat.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai betapa mudahnya untuk menjadi seorang pengawal keselamatan syarikat swasta.
Malah, laporan itu turut menyebut dua orang wartawan diterima dengan mudah untuk menjadi pengawal keselamatan tanpa melalui atau memerlukan sebarang latihan.
Turut hadir ialah Pengerusi Pusat Pengurusan Keselamatan Antarabangsa, Tan Sri Razali Ismail dan Pengarah Urusan Pusat Pengurusan Keselamatan Antarabangsa, Anand Pon.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, kualiti pengawal keselamatan perlu ditingkatkan kerana terdapat beberapa kejadian jenayah yang membabitkan pengawal keselamatan.
"Maka kualiti perlu ditingkatkan. Saya percaya kementerian berkenaan akan memberi perhatian kepada perkara ini," katanya.
Beliau juga menyangkal dakwaan pengawal keselamatan asing banyak mengundang masalah dan terbabit dalam kegiatan jenayah.
"Bukan semua warga asing tidak baik, kita lihat pada kualiti, ada juga yang baik. Kita tak boleh kata semua tidak baik," jelas beliau.
Terdahulu dalam ucaptamanya bertajuk Mengurus Keselamatan: Mengubah Minda, Timbalan Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk melaksanakan bandar selamat dalam merancang pembangunan bandar baru.
"Ini termasuklah memasukkan ciri-ciri keselamatan dalam pelan dan gambaran terperinci bandar baru," katanya.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), katanya, kerajaan ingin memastikan Pembangunan Wilayah Selatan di Johor dijadikan bandar selamat.
Ini supaya, negara jiran tidak melaporkan berita jenayah atau mensensasikan kadar jenayah di Johor, kata beliau.
"Jenayah berlaku apabila ada peluang, jadi kita percaya dengan mengurangkan peluang, akan membolehkan kadar jenayah dapat dikurangkan," jelasnya.
|
| |
Teliti dokumen calon diambil jadi pengawal keselamatan |
28 Ogos 2007 |
|
|
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Syarikat-syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara diminta supaya meneliti dengan terperinci dokumen pengenalan diri dan latar belakang calon-calon yang akan diambil untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.
Pengerusi Eksekutif Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Rahmat Ismail berkata, ia bertujuan untuk mengelakkan penipuan oleh pendatang-pendatang asing yang cuba bekerja di syarikat-syarikat tersebut.
"Kita tidak mahu syarikat-syarikat ini dikenakan tindakan tegas kerana melanggar peraturan yang melarang pengambilan pendatang asing sebagai pengawal keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Aseh Che Mat bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh KDN.
Dalam perkembangan berkaitan, Rahmat percaya terdapat 'kekeliruan' dalam laporan kepada KDN mengenai pendatang-pendatang asing yang didakwa bekerja di dalam beberapa syarikat keselamatan terbabit.
Tegasnya, isu tersebut timbul kerana adanya pemalsuan kad pengenalan oleh pendatang-pendatang asing untuk membolehkan mereka memohon untuk berkhidmat di syarikat-syarikat tersebut.
"Saya mendapat maklum balas dari syarikat-syarikat kawalan keselamatan tersebut dan pemeriksaan mendapati mereka menggunakan pengenalan diri yang dipalsukan," tambahnya.
Beliau menambah pihaknya berharap langkah terbaru KDN mengarahkan semua 150,000 pengawal keselamatan memiliki kad pengenalan pengawal khas dapat mengekang penipuan latar belakang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kad pengenalan khas tersebut turut membuktikan seseorang pengawal keselamatan mendapat latihan sewajarnya serta bebas dari rekod jenayah untuk membolehkan mereka berkhidmat dengan baik dan berdisiplin," katanya.
|
| |
Poor Response From Guards Over Training |
2nd Feb 2006 |
|
BETTER LESSON: The Pardanasiswa Complex where the
RM2 million robbery took place. |
KUALA LUMPUR: Fewer than 40 guars from
the 27 security firms authorised to carry out
cash-in-transit (ClT) assignments
have heen sent, for
training with the Security Services
Association of MaIaysia 'Academy in Kajang.
Revealing this today, association president Datuk Rahmat Ismail said the lukewarm response had resulted in many guards handling CIT assignments being ill-prepared with standard operation-procedures, making them vulnerable to robberies.
"Many the guards deployed for CITn are also not adequately armed. Some of them do not have firearms training and therefore are defenceless when robbed," said Rahmat in response to the recent spate of CIT robberies.
Last Saturday, five gunmen grabbed RM2 million, after ambushing a security van. at the Perdana siswa Complex in Universiti Malaya. CIT procedures required a minimum of three armed guards to handle the cash and one to watch until the procedure is completed. Some firms even deploy unmarked guards who trail from a dlistance. In some of the robberies, none of the guards was armed.
Rahmat put the blame on member firms which failed to make contributions to the association's
human resources development fund, to enable their guards to attend CIT training at the academy.
The fund he said required the firm to contribute one percent of the guards' basic monthly salary.Rahmat Urged the goverment to make it mandatory for firm to have their guards trained at the academy for CIT assignment.
"The academy has many high-calibre trainers who have previously served with the police and armed forces.They are there for the benifit of the guards and security industry as a whole. "I urge member firms to take advantage of this facility at the academy,"said Rahmat in respones to the offer by the Malaysian Veteren Commandos Club to provide CIT training.
|
|
| |
Tunjuk kehandalan menembak |
23rd May 2005 |
|
CARl SASARAN…Rahmat (dua dari kiri) melihat Syed Hisham (dua dari kanan) menunjukkan kehandalannya menembak. |
KAJANG:
Seramai 90 pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan dan swasta menunjukkan kehandalan masing-masing pada Pertandingan Menembak Tahunan SRT- EON Security Service Sdn Bhd di Lapang Sasar, Maktab penjara Malaysia, Kajang, pagi semalam.
Acara terbabit yang menjadi aktiviti wajib tahunan mendapat penyertaan paling ramai tahun ini apabila disertai pasukan dari Maybank Berhad, Jabatan Irnigresen, Semarak Service, Syabas Berhad, Bank Rakyat,
Alam Flora, Petronas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan EON Berhad.Pertandingan itu dirasmikan Pengarah Urusan EON Berhad, Syed Hisham Syed Wazir membabitkan tiga acara Pool Bull, menembak individu lelaki dan wanita serta acara jatuh piring.Pertandingan penuh sengit itu menyaksikan peserta Pasukan Petronas, Rarnli.MohamaddanRohanaDewa menggondol kategori individu -lelaki dan wanita, sekali gus kejuaraan keseluruhan. Acara jatuh piring lelaki dimenangi Mohd Jamri Awang dan Mussalim Pandak dari Jabatan Irnigresen manakala kategori wanita dimenangi oleh Nurulhuda Abdullah dan Ruziah Amin dari SRT-EON.
Pertandingan itu diadakan sehari selepas lebih 200 pengawal keselamatan SRT- EON Security menjalani latihan menembak sebagai sebahagian Pra-Syarat kepada anggota pengawal bersenjata untuk membaharui lesen dan permit senjata api yang tamat pada 30 Jun se tiap tahun.
|
|
|
| |
|
| New Strait Times |
30th March 2005 |
ANNOUNCEMENT
THE PERSATUAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN MALAYSIA (PPKKM) has decided to establish new Service rates for Armed and Unarmed Security guarding,effective April 1, 2005.The new rates are as follows:
| |
Area |
Armed Guard (minimum) |
Unarmed Guard (minimum) |
| a. |
Wilayah Persekutuan & Lembah Kelang Johor Bahru & Pasir Gudang Butterworth & Penang |
RM15.00 (rate / hour) |
RM6.00 (rate / hour) |
| b. |
Other Areas |
RM12.00 (rate / hour) |
RM4. 00 (rate / hour) |
| c. |
Sabah & Sarawak |
RM12.00 (rate / hour) |
RM4.00 (rate /hour) |
|
|
|
| |
Pengawal keselamatan dituduh minta rasuah |
3rd Feburary, 2005 |
|
SHAH ALAM: Seorang pengawal keselarnatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) didakwa di Mahkarnah Sesyen di sini semalarn, atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang pengarah sebuah syarikat perunding pembinaan, tahun lalu.
Razali Jamaludin, 42, bagaimanap un tidak mengaku salah terha dap tuduhan meminta RM150,000 daripada Mohamad Nordin Jelani, pengarah syarikat 1\vin Intergrated Design Sdn Bhd di Lobi Hotel Concorde Shah Alam, di sini, jam 5.30 petang pada 12 Februari 2004.
Dia juga tidak mengaku salah menerima wang tunai RM10,000 dan sekeping cek Maybank Shah Alam bernilai RM40,000 daripada pengarah itu di Stesen Minyak Esso Bandar Baru Klang, jarn 3.30 petang, pada 14 Februari 2004.
Sementara itu, seorang pekerja sendiri, Moharnad Nordin, 52, juga tidak mengaku salah atas tuduhan bersubahat dengan Razali bagi kedua-dua tuduhan itu, di tempat dan pada waktu sama.
Kedua-dua mereka menghadapi hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda RMI0,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, bagi setiap dua tuduhan terhadap mereka.
Hakim Suraya Othman membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya BPR Saiful Hazmi Mohd Saad supaya kedua-dua tertuduh itu dibicarakan bersarna kerana kes membabitkan saksi dan fakta yang sarna.
Beliau kemudian membenarkan Razali diikat jamin RM6,000 manakala Moharnad RM5,000 masing-masing dengan seorang penjarnin dan menetapkan sebutan kes pada 22 Mac ini untuk membolehkan Razali melantik peguarn bela. |
|
|
| |
Sumbangan Tabung Bencana Tsunami |
4th Feburary, 2005 |
|
|
SUMBANG:Tabung Bencana Tsunami Asia terus mendapat perhatian apabila menerima sumbangan berbentuk enam buah kenderaan bernilai lebih RM416,000 daripada Kumpulan DRB-HICOM.
Kenderaan berupa tiga buah lori dan tiga kenderaan pacuan empat roda yang akan digunakan semasa misi pemberian bantuan kemanusiaan Malaysia Aceh itu diserahkan oleh Pengerusi kumpulan itu, Tan Sri Mohd. Salleh Sulong kepada Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada satu mailis'di Wisma Putra. Putraiava.
Turut menyerahkan sumbangan pada majlis itu ialah syarikat Rohas-Euco yang menderma lima tangki air untuk menyimpan 20,000 gelen air dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia yang menyerahkan kutipan derma berjumlah RM44,104.56.
SYED Hamid Albar menerima replika kunci enam buah kenderaan daripada Mohd. Salleh Sulong pada majlis Penerimaan Sumbangan Kepada tabung Bencana TsunamiKementerian Luar di Wisma Putra, Putrajaya, semalam.
|
|
|
| |
Security firm robbery: Five held |
4th Feburary, 2005 |
|
|
SEIZED: Investigating officer Assistant Superintendent Norazizi Saad (right) inspecting the Perodua Kancil with Mazlan. - NST picture by Rosli Ahmad |
BUTTERWORTH, Thurs. -- Police detained five men today in connection with a robbery at a security firm in Taman Selat last year.The five were nabbed in two raids in Jalan Permatang Pauh and near the Seberang Jaya market.Seberang Prai Utara police chief Assistant Commissioner Mazlan Lazim said three men aged between 25 and 45 were detained about Ipm near a scrap metal yard in Jalan Permatang Paub.He said in a follow-up operation 30 minutes later, police picked up the other two men near the Seberang Jaya market.The duo, aged 29 and 37,were seated in a Perodua Kancil loaded with stolen ingots.Mazlan said one of the two suspects in the Kancil tried to escape by jumping into a monsoon drain and hiding under a part of it, which was covered."We had to call the Fire and Rescue Department for help. The firemen flushed him out," he said.The five are suspected of having broken into the premises of the security firm in Jalan Pantai on April 25.The firm's officers reported that RM130,000 was taken from its safe. The money was the weekend's collection.
|
|
|
| |
Security industry needs fresh ideas |
28th January,2005 |
|
The recent rape and murder of Nurul Huda in Johor allegedly committed by a security guard and two others was, a despicable act.As a parent, it brought tears to my eyes. As a security provider, it brought me much shame and anguish.Ever since the incident, the security industry has come under close 'scrutiny - with Gemilang Security Services having to bear the brunt of the criticism.The Security Association of Malaysia president, who issued statements unrelated to the issue, was quick to distance himself by joining in the chorus of criticism directed at the industry and one of the association's members.Luckily, we are blessed with having sensible ministers and Home Ministry officials who had the wisdom and courage to recognize the root of the problem.The security industry needs a breath of fresh air.To give it credibility, lumbering dinosaurs must make way for fresh intelligent ideas to materialize.Members themselves must add credibility to the industry instead of passing the buck to the ministry. The public must also be educated on the need for good security and the price that comes with it.Lastly, I wish to extend my heartfelt condolences to the family of Nurul Huda. My sympathy also goes out to the owner of the unfortunate security company and all other association members. |
|
 |
| |
Three hurt in attack by robbers at primary school
|
5th January,2005 |
KUALA LUMPUR: A security guard and two women were seriously injured in an attack by robbers at a primary school on Jalan kuchai Lama early yesterday.
It is learnt that the five robbers, who were armed with parangs, had entered the Seri Setia primary school by prying apart its fencing at about 2.30am.They went to the guardroom, where they held up a 60-year-old security guard and threatened to harm him if he did not hand over the keys to the headmaster's office.When the guard refused, they dragged him out of his room and beat him up, slashed him and took the keys.The robbers then ransacked the headmaster's room, from which they' took two laptops and several LCD projectors, worth a total of RM80, 000.
Not satisfied with the loot, they headed for the school canteen and held up its owner and her assistant, both women in their 40s. The owner was stripped naked and beaten up when she refused to surrender her valuables, and her assistant was assaulted with a hammer.It is learnt that about RM6, 000, which included the first day's earnings at the canteen, was taken from the owner.
The robbers tied up their three victims with power cables and dragged them for about 500m to the back of the school. They fled after warning them not to call the police.The guard managed to untie himself and alerted the headmaster.
|
|
 |
| |
Main suspect convicted : In molest case in 1987 |
21st January, 2004 |
|
JOHOR BARD - The security guard, who is the main suspect in the rape-cum-murder of l0-year old Nurul Huda Abdul Ghani, was convicted of a molest charge in 1987.
Johor police chief Datuk Musa Hassan said the offence was committed in Pulai Chondong in Mersing.Musa, however, said preliminary investigations showed that the suspect did not serve a long prison sentence for his eight previous convictions committed between 1975 and 2002.
It was initially reported that the guard's past convictions only included robbery, house-breaking and trespassing.Post-mortem on Nurul Huda revealed that she was raped and sodomised before being strangled to death.
|
|
 |
| |
Guard absconds with RM 1 Million |
6th January,2004 |
|
KUALA LUMPUR-A security guard, who started work two weeks ago after providing fictitious personal particulars, drove off an armored van with some RM1mil during a collection trip at Midvalley Megamall here several days ago.Initially, police were confident of catching the man, in his 40s, based on the employment details he gave the security company.But they were shocked to find that the identification card number, addresses and references given by the man were false.The person stated in the employment letter also did not exist. .
Brickfields OCPD Asst Comm Zul Hasnari Najib Baharudin confirmed the case.
It is learnt that the man had accompanied two guards, one armed with a revolver, on their routine collection rounds at banks and private companies in the city.They had arrived at Midvalley to collect money from an amusement centre. The man waited in the van while his colleagues went to collect the money. Soon after making the collection, the guards were shocked to find the van and driver missing when they came out of the mall at 10.15 am.
Not able to locate the van and driver, they informed their control centre to radio the driver to report his location. The man did not respond and they lodged a report.Police found the van abandoned by the roadside about a kilometre away from the shopping complex. More than a dozen bags containing cash and coins were missing."We believe that the man was waiting for the right time to carry out the robbery as he knew that the police will find it hard to track him down based on all the false particulars."This man knew what he was doing and took a big chance by providing false information," said a source.In the last five years, more than RM5mil has been reported stolen by security guards or drivers disappearing with armored cars.
On March 14 last year, an armored van with about RMs20,000 cash-in-transit vanished with its driver during a stop at a bank on Jalan Ipoh.Police later recovered the van abandoned in the city.
|
|
 |
|
|
| |
|
 |
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
| Copyright ©2003-2005 SRT-EON Security Services.All rights reserved. |
|